Friday 4 May 2012

Aktres Jelita Isteri No 2 VVIP ?




KL, 2 MAY 2012: Ketika memandu, Murai Batu telah dihubungi oleh seorang teman yang kebetulan baru pulang dari Sabah bagi meraikan pesta air di sana.
Kata teman Murai Batu itu, seronoknya bukan kepalang tetapi apa yang lebih menarik perhatiannya lagi apabila telah disimbah dengan pelbagai cerita sensasi mengenai seorang aktres jelita yang khabarnya menjadi isteri nombor dua seorang ahli politik di sana.
Bukan calang-calang juga sumber teman Murai Batu terima itu. Kerana maklumat yang teman Murai Batu diperolehi itu adalah daripada orang besar negeri yang sangat percaya dengan semangat kekitaan sesama mereka.
Murai Batu tidak kisah sangat soal isteri nombor dua atau tiga kerana pucuk pangkalnya perkahwinan mereka itu sah dan halal di sisi Islam.
Tapi apa yang Murai Batu kesalkan, apabila muncul isu seperti ini nanti, pastinya akan mendapat penafian daripada aktres itu berkenaan hubungan suci mereka. Walaupun hakikatnya mereka berdua sudahpun mendirikan rumah tangga.
Malah secara logiknya, apabila seseorang itu menidakan perkara yang benar, maka akan lebih banyaklah fitnah yang akan timbul.
Padahal hakikat sebenar sesebuah perkahwinan adalah untuk mengelakan sebarang salah sangka atau fitnah daripada orang sekeliling. Tapi apa yang terjadi sekarang, berbeza pula.
Murai Batu tak mahu cakap lebih-lebih kerana mungkin juga aktres berkenaan segan atau malu kerana khabarnya mereka bukan berkahwin di dalam negara, tetapi di negara luar.
Tak pasti pula di mana. Sama ada di Thailand atau mungkin juga di Indonesia. Itu Murai Batu perlu selidik betul-betul.
Malah khabarnya isteri pertama VVIP berkenaan sudahpun mengetahui berkenaan perkahwinan rahsia mereka itu dan sudah menjadi lumrah jarang akan ada isteri yang redha apabila mengetahui suaminya berkahwin satu lagi.
Walauapapun, Murai Batu ingin mendoakan kebahagiaan aktres berkenaan dengan pasangannya itu. Semoga mahligai yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat.
Murai Batu: Dalam pada sibuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari akan dinikahkan Jumaat ini, bintang Akademi Fantasia, Akma pula akan mengikat tali pertunangan bersama Farih pada Ahad ini.

0 comments on "Aktres Jelita Isteri No 2 VVIP ?"